Thursday 15 December 2011

KATA PENEGAS

  1. Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
  2. Dua jenis kata penegas.
          (a) Kata penegas yang hanya menegaskan frasa predikat iaitu -lah, -kah dan -tah.
          (b) Kata penegas yang menegaskan frasa nama sebagai subjek dan frasa predikat iaitu juga,   jua, pun, sahaja, hanya dan memang.
     3. Kata penegas dan penggunaannya:
  • -lah : Menegaskan sesuatu suruhan, permintaan, doa atau penyataan.
  • -kah : Menegaskan sesuatu pertanyaan atau memberikan penekanan kepada sesuatu ayat tanya.
  • -tah : Menegaskan sesuatu pernyataan, maksud hairan atai tidak sabar.
  • hanya : Menegaskan sesuatu pernyataan.
  • jua / juga : Menegaskan sesuatu pernyataan.
  • lagi : Memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya.
  • pun : Memberikan penekanan kepada ayat penyata.
  • sahaja : Memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat perintah.
     Latihan:
  1. " Makan _____ " nasi supaya kumu tidak lapar," kata emak kepada adik.
  2. Mereka masih bersembang di bawah pokok itu _____ ketika saya pulang dari sekolah.
  3. Chee Fei _____ menggaru-garu kepala apabila diminta menyelesaikan soalan Matematik itu.
  4. Kami _____ tertawa berbahak-bahak apabila mendengar ceritanya yang lucu.
  5. Selain Lay Chan, Sierra Poh _____ akan terlibat dalam pertunjukan kebudayaan itu.
     Jawapan:
      1. lah           2. lagi           3. hanya            4. pun            5. juga

KATA PENGUAT

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif.
Kata ini digunakan untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
1. Kata penguat hadapan terletak di hadapan kata adjektif.
    Contoh :
  • agar    - Cuaca pada hari ini agak panas.
  • paling - Pengunjung restoran itu paling ramai pada hari Ahad.
  • terlalu - Jalan raya di Kuala Lumpur terlalu sesak.
2. Kata penguat belakang terletak di belakang kata adjektif.
    Contoh : 
  • benar - Mahal benar beg tangan yang dibeli oleh kakak.
  • nian   - Sunyi nian suasana di kampung.
  • sekali - Budak perempuan itu ramah sekali.
3. Kata penguat bebas terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
    Contoh :
  • amat      - Lukisannya amat cantik.
                           Lukisannya cantik amat.
  • sangat    - Sungai itu sangat dalam.
                            Sungai itu dalam sangat.
  • sungguh - Bunga ros itu sungguh harum.
                            Bunga ros itu harum sungguh

KATA PERINTAH

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk memberi sesuatu perintah, larangan, silaan atau permintaan.
  • Harap : Menunjukkan hasrat untuk mendapat atau meminta sesuatu.
  • Jangan : Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
  • Jemput : Mengajak atau mengundang.
  • Minta : Menunjukkan maksud mahu akan sesuatu.
  • Sila : Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu.
  • Tolong : Meminta bantuan dengan sopan.
  • Usah : Menyuruh seseorang agar tidak melakukan sesuatu.

KATA SERU

  1. Kata Seru digunakan untuk melahirkan perasaan marah, gembira, sedih, sakit, geram,terkejut dan sebagainya. 
  2. Ayat yang mempunyai kata seru diakhiri dengan tanda seru (!).
  • Aduh Menyatakan perasaan  sakit.
  • Aduhai : Menyatakan perasaan sedih atau hampa.
  • Ah : Menyatakan perasaan hairan, tidak setuju dan keluhan.
  • Amboi : Menyatakan perasaan hairan dan mengejek.
  • Cis / Celaka : Menyatakan perasaan marah, benci atau jijik.
  • Eh : Menyatakan perasaan terkejut atau hairan.
  • Hai : Menyatakan perasaan marah atau hampa.
  • Nah : Memberi sesuatu barang dengan perasaan marah atau geram.
  • Oh : Menyatakan perasaan terkejut atau untuk merayu.
  • Syabas : Menyatakan perasaan puas, gembira, memuji atau mengucapkan tahniah.
  • Wah : Menyatakan perasaan gembira, terkejut atau hairan.
  • Wahai : Menyatakan perasaan sayu, sayang, merayu atau menarik perhatian.

Saturday 10 December 2011

KATA TANYA

  1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.  
  2. Digunakan untuk membentuk ayat tanya     
  3. Dalam bentuk bahasa tulisan, kata tanya hendaklah disertai kata penegas atau partikel -kah.    
  • apa : Menanyakan nama, benda, tempat dan binatang
  • siapa : Menanyakan orang atau nama orang.
  • bagaimana : Menanyakan keadaan dan cara.
  • berapa : Menanyakan harga dan bilangan.
  • bila : Menanyakan masa.
  • kenapa / mengapa : Menanyakan sebab.
  • mana : Menanyakan tempat

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan perkataan, frasa dan ayat. 

Terdapat dua jenis kata hubung :

1.  Kata Hubung Gabungan
     - Menghubungkan dua klausa atau lebih yang setara sifatnya.
  • dan : Menambahkan subjek atau predikat dalam sesuatu ayat.
  • atau : Menunjukkan sesuatu pilihan.
  • tetapi : Menunjukkan maksud yang berlawanan.
  • lalu : Menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
  • sambil : Menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan pada msa yang sama.
  • kecuali / melainkan : Menunjukkan pengecualian
2. Kata Hubung Pancangan  
    - Menghubungkan ayat kecil pada ayat induk yang tidak                   setara sifatnya.
  • yang : Menghubungkan ayat kecil pada ayat induk yang tidak setara sifatnya.
  • kerana : Menjelaskan sesuatu maksud atau tujuan.
  • supaya / agar : Menunjukkan tujuan sesuatu perbuatan.
  • jika / jikalau / kalau : Menerangkan sesuatu syarat.
  • meskipun / sungguhpun / walaupun : Menunjukkan makna yang bertentangan atau berlawanan.
  • selepas / setelah : Menunjukkan sesuatu yang sudah berlaku atau dilakukan kemudian.
  • hingga / sehingga : Menunjukkan maksud sampai pada sesuatu keadaan.
  • sewaktu / semasa / ketika / tatkala : Menunjukkan maksud "pada masa".  

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama
1. Kata adjektif sifatan / keadaan 
   : segar, rajin, pantas, bijak, amanah dan sebagainya. 
2. Kata adjektif warna 
   : merah, biru, kuning, oren, putih dan sebagainya. 
3. Kata adjektif ukuran 
   : rendah, tinggi, pendek, nipis, besar dan sebagainya. 
4. Kata adjektif bentuk 
   : bengkok, kemik, lurus, bulat dan sebagainya. 
5. Kata adjektif waktu 
   : lama, segera, baharu, awal, kini dan sebagainya. 
6. Kata adjektif cara 
   : pantas, gelojoh, sopan, laju, sering dan sebagainya. 
7. Kata adjektif perasaan 
   : marah, rindu, sayang, malu, gemar dan sebagainya. 
8. Kata adjektif pancaindera 
   : manis, wangi, merdu, cantik, lembut dan sebagainya. 
9. Kata adjektif jarak 
   : hampir, dekat, nyaris, jauh dan sebagainya.